2 masjid Jakarta tunaikan solat gerhana
Masjid Istiqlal dan Masjid Raya Jakarta Islamic Centre (JIC) dekat Jakarta Utara mengadakan solat gerhana atau solat khusuf menyusuli fenomena gerhana bulan separa yang terjadi di Indonesia pada Rabu (17 Jul) dini hari.
Jemaah menunaikan solat pada malam pertama Ramadan di Masjid Istiqlal, Jakarta, pada 5 Mei 2019. (Gambar: ADEK BERRY / AFP)
JAKARTA (ANTARA): Masjid Istiqlal dan Masjid Raya Jakarta Islamic Centre (JIC) dekat Jakarta Utara mengadakan solat gerhana atau solat khusuf menyusuli fenomena gerhana bulan separa yang terjadi di Indonesia pada Rabu (17 Jul) dini hari.
Imam besar Masjid Istiqlal, KH Nasaruddin Umar, melalui pesan singkatnya mengatakan bahawa jemaah melakukan solat khusuf dengan dipimpin oleh imam masjid berkenaan.
Ketua Divisyen Pengkajian dan Pendidikan Jakarta Islamic Center (JIC), Rakhmat Zailani Kiki, berkata dalam kenyataan bertulisnya di Jakarta pada Selasa bahawa Masjid Raya JIC menunaikan solat khusuf pada Rabu sebelum solat subuh. Solat khusus di masjid itu diadakan mulai sekitar jam 3.40 pagi WIB (4.40 pagi waktu Singapura).
Sebelum ini, Kementerian Agama (Kemenag) menyeru umat Islam Indonesia untuk melaksanakan solat khusuf dan melakukan khutbah. Seruan itu dibuat setelah gerhana bulan separa kelihatan di Indonesia pada Rabu dini hari.
Kemenag bahkan mengeluarkan tuntunan solat khusuf bagi umat Islam yang belum mengetahuinya.
Ketua Pengarah Bimas Islam Kemenag Muhammadiyah Amin berkata berdasarkan data, astronomi gerhana bulan separa itu terjadi tepatnya mulai jam 3.01 WIB (4.01 waktu Singapura).
Menurut beliau, hampir seluruh kawasan IndonesIa dapat mengamati gerhana bulan separa tersebut. Puncak gerhana terjadi pada jam 04.30 WIB (5.30 waktu Singapura) dan berakhir sekitar 05.59 WIB (5.59 waktu Singapura).
"Bagi kaum Muslim digalak untuk melakukan solat sunat gerhana secara berjemaah dan melakukan khutbah, sesuai dengan tuntunan Nabi Muhammad SAW, dalam pelaksanaan solat gerhana," ujar Muhammadiyah Amin.
Sebelum melaksanakan solat khusuf, Muhammadiyah Amin juga menyeru kepada umat Islam untuk bertakbir terlebih dahulu, memperbanyakkan zikir, istighfar, sedekah dan segala amal kebajikan lainnya. Selain itu, Kemenag juga menyeru umat Islam berdoa untuk keselamatan bangsa dan negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.