Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 mangsa rentung akibat kebakaran selamat dikebumikan

Dua daripada tujuh mangsa yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Lampijas awal pagi semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baitam, hari ini (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 mangsa rentung akibat kebakaran selamat dikebumikan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Feb 2020 05:54PM Dikemas Kini : 27 Feb 2020 05:56PM

MEMBAKUT: Dua daripada tujuh mangsa yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Lampijas awal pagi semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baitam, hari ini (27 Feb).

Jenazah Nadia Jumadi, 25 tahun, dan Faizal Romel, 5 tahun, disemadikan pada pukul 3.00 petang dalam satu liang lahad.

Menurut Juriati, iaitu kakak kepada Allahyarham Nadia ketika ditemui berkata jenazah Nadia dan Faizal sudah dibawa keluar dari Hospital Beaufort pada 10.00 pagi tadi.

Katanya, kedua-dua jenazah itu dibawa balik ke kediaman keluarga Encik Romel iaitu suami Nadia di Kampung Lumantak untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan.

Beliau berkata lima lagi jenazah masih berada di Hospital Queen Elizabeth dan dijangka boleh dituntut keluarga hari ini.

Dalam kejadian pada 1.16 pagi itu, tujuh sekeluarga melibatkan seorang ibu bersama lima anak tirinya dan seorang anak angkat rentung apabila gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap di dalam rumah mereka yang hangus terbakar.

Suami Allahyarham Nadia iaitu Encik Romel Sharif, 34 tahun, dan anak sulungnya Rezwan Romel, 15 tahun, turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan