Skip to main content

Dunia

2 lelaki warga Malaysia diberkas cuba ceroboh Istana Negara

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Malaysia ditahan kerana disyaki terlibat kes percubaan menceroboh Istana Negara, pada Jumaat (18 Mei).

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara ketika cubaan mereka memasuki istana melalui pintu itu kira-kira pukul 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek menjumpai sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Encik Rusdi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita