2 lelaki Sri Lanka maut; tunggu berjam-jam dalam barisan untuk mendapatkan minyak
Gambar: Sumber Web/Agensi Berita
COLOMBO: Polis Sri Lanka menyatakan pada Ahad (20 Mac) bahawa dua lelaki rebah dan maut sewaktu menunggu di dalam barisan yang berasingan untuk mendapatkan minyak di tengah-tengah harga yang semakin naik dek inflasi.
Dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 70-an tahun itu sedang menunggu di dalam barisan untuk mendapatkan minyak petrol dan minyak tanah di dua tempat berbeza di negara itu, kata seorang jurucakap polis, Nalin Thalduwa di Colombo.
Sudah beberapa minggu sejak orang awam beratur di stesen-stesen minyak berjam-jam lamanya.
"Seorang daripadanya merupakan pemandu kenderaan tiga roda yang menghidap penyakit kencing manis dan jantung manakala seorang lagi adalah lelaki berusia 72 tahun yang sudah menunggu di dalam barisan selama empat jam untuk mendapatkan minyak," kata Encik Thalduwa.
Pada Ahad (20 Mac), Sri Lanka menggantung operasi di satu-satunya loji penapisan bahan apinya selepas bekalan minyak mentah kehabisan, kata Presiden Kesatuan Pekerja Am Petroleum, Ashoka Ranwala.
Kementerian Tenaga tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan komentar mengenai isu tersebut.
Penggunaan minyak tanah semakin meningkat setelah keluarga perpendapatan rendah beralih daripada menggunakan gas memasak dek lonjakan harga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.