2 lelaki SG mengamuk di JB, ditegur isi minyak dalam tong
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
JOHOR BAHRU: Polis Malaysia mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan penghantar makanan dan dua lelaki dipercayai warga Singapura di sebuah stesen minyak yang tular pada Rabu (21 Jun) berpunca daripada perselisihan faham, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu.
Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama oleh penghantar makanan berusia 44 tahun itu.
"Pada jam 8.20 pagi Rabu, polis mengesan sebuah video berdurasi satu minit 50 saat di halaman Twitter "Mynewshub" yang memaparkan pertelingkahan sekumpulan individu berlaku di sebuah stesen minyak.
"Penghantar makanan itu mendakwa semasa hendak mengisi minyak, sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki warga asing telah berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama.
"Penghantar makanan itu kemudiannya melihat warga asing tersebut memegang tong di pam yang sama dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jelasnya, pertengkaran itu kemudiannya dileraikan anggota polis bantuan yang turut berada di situ dan warga Singapura terbabit belum sempat mengisi minyak yang dipercayai hendak digunakan untuk aktiviti 'go-kart'.
Video berkenaan turut dikongsi di Tiktok yang sudah dilihat lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.
Ia kemudiannya dipadamkan namun sudah tular di platform lain sejak itu.

Sumber : Agensi berita/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.