Skip to main content

Dunia

2 lelaki maut dalam serangan ke atas konsulat AS di Jeddah

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki maut dalam serangan ke atas konsulat AS di Jeddah

Gambar: Bilal Qabalan/AFP/Getty Images

Diterbitkan : 29 Jun 2023 09:15AM
JEDDAH: Seorang lelaki bersenjata yang menyerang bangunan konsulat Amerika Syarikat (AS) di Jeddah pada Rabu (28 Jun), terkorban selepas kejadian berbalas tembakan, lapor seorang jurucakap polis Makkah.

Seorang pekerja warga Nepal daripada pasukan pengawal keselamatan konsulat tersebut turut meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami semasa kejadian berbalas tembakan.

Jurucakap Polis Makkah menyatakan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian tersebut, lapor Saudi Gazette.

Menurut Jabatan Negara Amerika, tiada warga Amerika yang cedera.

"Pada petang Rabu kira-kira 6.45 petang, seorang individu dalam sebuah kereta berhenti berdekatan dengan bangunan Konsulat AS di Jeddah dan membawa senjata api di tangannya.

"Pihak berkuasa keselamatan mengambil inisiatif untuk menanganinya sebagaimana diperlukan dalam situasi sedemikian," lapor agensi berita Saudi Gazette.

Konsulat Amerika di Jeddah pernah diserang beberapa kali sebelum ini.

Pada 2016, seorang penyerang bom nekad maut manakala dua orang cedera dalam satu letupan dekat bangunan tersebut.

Pada 2004, lima orang menyerang Konsulat Amerika di Jeddah, meragut nyawa empat pengawal keselamatan Saudi dan lima pekerja lain.

Tiga orang penyerang terbabit turut terbunuh manakala dua lagi berjaya ditangkap.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita