2 lelaki ditangkap, bantu siasatan penjualan alas kaki corak Kaabah, masjid
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: PDRM)
GEORGETOWN: Polis Malaysia menangkap dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan Kaabah di sebuah bazar perniagaan di Georgetown pada Ahad (6 Okt).
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata lelaki berusia 26 dan 41 tahun itu merupakan pemilik dan pekerja di bazar tersebut.
"Pihak polis pada mulanya telah menerima satu laporan polis semalam daripada seorang lelaki tempatan yang mendapati karpet alas kaki yang dibelinya di bazar itu mengandungi corak menyerupai bentuk masjid serta kaabah.
“Sabtu lalu (5 Okt), lelaki itu telah melihat beberapa karpet yang disyaki bercorak Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai ketika berada di bazar perniagaan. Setelah membeli karpet tersebut, lelaki itu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan pada Isnin (7 Okt).
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan menggangu siasatan polis.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.