Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kawasan CIQ Bangunan Sultan Iskandar

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Polis Malaysia menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru pada 22 Mei lalu. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan pada Ahad lalu (28 Mei) dan Selasa (39 Mei) di sekitar bandar raya tersebut. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka susuli kemalangan yang menyebabkan motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan kecil. 

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripada lelaki itu positif terhadap dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan mempunyai dua rekod lampau,” katanya dalam kenyataan pada Rabu (31 Mei). 

Menurut Encik Raub, mereka direman empat hari bermula Selasa bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182 323 atau Pengawai Penyiasat Nik Mohamad Amirul Fikrie Nik Zulkifli di talian 013-3416394.

Sebelum ini, tular satu video selama sembilan saat menerusi media sosial memaparkan mengenai kejadian itu. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan