Skip to main content

Dunia

2 lelaki didenda kerana bakar wang kertas untuk buktikan siapa lebih kaya

Dua lelaki China dikenakan denda 1,000 yuan (S$210) setiap seorang kerana membakar wang kertas.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didenda kerana bakar wang kertas untuk buktikan siapa lebih kaya

Mata wang yuan. (Gambar: FRED DUFOUR / AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 11:52PM Dikemas Kini : 10 Feb 2018 10:15PM

CHINA: Dua lelaki China dikenakan denda 1,000 yuan (S$210) setiap seorang kerana membakar wang kertas.

Kedua-duanya, yang berada dalam keadaan mabuk, melakukan demikian semata-mata untuk membuktikan siapa yang lebih kaya, menurut laporan media China.

Mereka, yang berasal dari Tianchang di tenggara wilayah Anhui sedang makan malam di sebuah restoran pada 24 Januari apabila mereka mula bertikam lidah dan membakar wang kertas tersebut, lapor stesen televisyen Anhui.

Menerusi satu rakaman video, kedua-dua lelaki berkenaan, yang namanya tidak didedahkan, dilihat sedang bertengkar sebelum membakar wang kertas.

Salah seorang daripada mereka mula mencabar lelaki yang satu lagi supaya membakar wang kertas untuk membuktikan kekayaannya, lapor South China Morning Post (SCMP).

Menyahut cabaran tersebut, mereka mula membakar wang kertas bernilai 100 yuan. (S$20)

“Saya ingatkan kita akan membakar 500 yuan sekaligus,” kata salah seorang lelaki itu. “Jika awak tiada wang, lebih baik awak diam.”

Laporan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah keseluruhan wang tunai yang dibakar oleh kedua-dua lelaki berkenaan, lapor SCMP. Insiden itu dirakam dan dimuat naik oleh seorang individu yang berada di restoran yang sama pada waktu itu.

Polis kemudian menjejaki kedua-dua lelaki dan mengenakan denda ke atas mereka. Sengaja menyebabkan kerosakan atau mencemarkan mata wang China adalah satu kasalahan jenayah di China, lapor SCMP.

Seorang pegawai polis memberitahu sebuah stesen televisyen: “Lelaki-lelaki itu banyak meminum arak di restoran tersebut. Setelah bertengkar, mereka memutuskan untuk saling cabar-mencabar antara satu sama lain.” 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita