Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki dicari, buang air di tepi jalan sempadan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki dicari, buang air di tepi jalan sempadan M'sia

(Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

ISKANDAR PUTERI: Dua lelaki dicari kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan membuang air kecil di bawah pokok berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang di Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, berdasarkan gambar yang tular di media sosial kejadian jam 11.11 pagi Ahad (12 Jun), lapor Harian Metro. 

Katanya, semakan mendapati kejadian berlaku di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia.

"Pada waktu itu adalah waktu berlakunya kesesakan aliran lalu-lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.

"Jarak dari tempat yang ditularkan ke tandas awam berdekatan adalah lebih kurang satu kilometer, yang mana sekiranya pemilik kenderaan meninggalkan kenderaan di bahu jalan dan berjalan kaki ke tandas awam akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin (13 Jun). 

Pelaku sedang dikesan untuk diambil keterangan, kata Encik Rahmat seperti dinukil Harian Metro. 

"Perbuatan itu adalah berkelakuan tidak senonoh di tempat awam mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 (S$31.50). 

"Pemantauan akan dibuat agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya, seperti dipetik Harian Metro. 

Gambar tular di Facebook itu memaparkan dua individu membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran KSAB.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan