Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki cedera dilanggar di JB akibat perselisihan faham

Video sepanjang seminit 37 saat yang tular di aplikasi WhatsApp memaparkan insiden kekecohan dan pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa dilanggar.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki cedera dilanggar di JB akibat perselisihan faham

(Gambar: Petikan skrin video di media sosial)

JOHOR BAHRU: Dua lelaki cedera selepas dilanggar dengan kereta oleh seorang lelaki lain dipercayai akibat perselisihan faham yang berlaku di sebuah bar di Taman Molek awal pagi Isnin (26 Sep).

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya sebelum ini mengesan sebuah video berdurasi seminit 37 saat yang tular di aplikasi WhatsApp memaparkan insiden kekecohan dan pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa dilanggar.

Mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu, beliau berkata insiden pada pukul 5.00 pagi tersebut membabitkan dua lelaki warga tempatan berumur 30 dan 36 tahun.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang bermula di dalam sebuah bar dan berlarutan hingga ke luar premis antara kedua-dua lelaki berkenaan.

“Lelaki berusia 30 tahun itu kemudian menaiki sebuah kereta dan bertindak melanggar mangsa serta seorang lagi lelaki tempatan berumur 35 tahun yang turut berada di lokasi kejadian. Meskipun kedua-dua mangsa mengalami kecederaan, mereka kini dalam keadaan stabil,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi (27 Sep).

Encik Mohd Sohaimi berkata pihaknya berjaya menahan lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden itu di Jalan Persisiran, Seri Alam, Masai pada pukul 9.10 malam ini.

Beliau berkata semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah manakala ujian air kencing juga adalah negatif.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan