Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lapangan terbang utama Jerman terjejas teruk akibat mogok pekerja sektor awam

Anggaran Waktu Membaca:
BERLIN: Operasi di dua lapangan terbang utama Jerman terjejas teruk berikutan mogok pekerja sektor awam di seluruh negara itu minggu lalu.

Pada Isnin (24 Apr), mogok melanda lapangan terbang di Berlin. Sebelum itu mogok diadakan di Hamburg pada Khamis (20 Apr) dan Jumaat (21 Apr).

"Disebabkan kesatuan sekerja dan syarikat dalam industri keselamatan gagal mencapai persetujuan, puluhan ribu penumpang turut terjejas dan ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Lapangan Terbang Jerman (ADV), Ralph Beisel, lapor Xinhua pada Isnin (24 Apr).

Di Lapangan Terbang Hamburg, mogok oleh 300 pekerja menyebabkan pembatalan hampir satu pertiga daripada keberangkatan pesawat.

Selepas berbulan-bulan mengadakan rundingan, satu kejayaan besar dicapai secara kolektif pada hujung minggu lalu.

Sejumlah 2.5 juta pekerja sektor awam akan menerima bayaran sekali sahaja sebanyak €3,000 (S$4,995)) serta kenaikan gaji sebanyak 5.5 peratus -- atau sekurang-kurangnya €340 (S$566) setiap bulan.

Bagaimanapun, mogok masih berterusan. Industri tenaga masih dilanda pemberhentian pekerja manakala kesatuan kereta api telahpun mengumumkan rancangan untuk menghentikan perkhidmatan sekali lagi, kecuali majikan menambah baik tawaran mereka. 
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan