Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lagi kapal bawa muatan bijirin berlepas dari Ukraine

Sebanyak 12 kapal sudahpun meninggalkan Ukraine di bawah perjanjian laluan selamat setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lagi kapal bawa muatan bijirin berlepas dari Ukraine

Kapal membawa muatan bijirin meninggalkan Ukraine. (Gambar: Oleksandr GIMANOV/AFP)

Diterbitkan : 09 Aug 2022 06:18PM Dikemas Kini : 09 Aug 2022 06:18PM
ISTANBUL: Lagi dua kapal yang membawa muatan bijirin berlepas dari pelabuhan Chornomorsk pada Selasa (9 Ogos), menurut kementerian pertahanan Turki, sebagai sebahagian daripada perjanjian membuka semula eksport melalui laut Ukraine.

Ini sekali gus membawa jumlah kapal yang meninggalkan negara itu di bawah perjanjian laluan selamat kepada 12.

Kapal Ocean Lion berlepas ke Korea Selatan, dengan membawa 64,720 tan jagung, sementara Rahmi Yagci membawa 5,300 tan makanan ternakan ke Istanbul.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turki memeterai perjanjian bulan lalu selepas timbul amaran bahawa pemberhentian penghantaran bijirin yang disebabkan oleh konflik Rusia-Ukraine boleh menyebabkan kekurangan bekalan makanan yang teruk dan berlakunya kebuluran di pelbagai bahagian di dunia.

Empat kapal yang meninggalkan Ukraine pada Ahad berlabuh dekat Istanbul dan akan diperiksa pada Selasa, menurut kenyataan kementerian pertahanannya.

Sebelum Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Feb dalam apa yang disifatkan negara itu sebagai "operasi khas" untuk memusnahkan tentera jirannya itu, kedua-dua negara itu membentuk hampir sepertiga eksport gandum di dunia.

Pembukaan semula eksport bijirin diselia oleh Pusat Penyelaras Bersama (JCC) di Istanbul yang menempatkan kakitangan Rusia, Ukraine, Turki dan PBB.

Ukraine berharap dapat mengeksport 20 juta tan bijirin dan 40 juta daripada tuaian barunya, kata penasihat ekonomi negara itu, Oleh Ustenko pada Julai.

Pemerintah tersebut juga berharap dapat menjana AS$10 bilion (S$13.78 bilion) bagi ekonomi yang teruk terjejas, daripada jumlah itu, tetapi Encik Ustenko berkata ia mungkin mengambil masa 20 hingga 24 bulan untuk mengeksport bahan-bahan tersebut jika pelabuhan tidak berfungsi dengan betul.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa