2 kutu sampah warga asing pertama didakwa di bawah undang-undang baharu Malaysia
Seorang wanita Indonesia dan seorang pekerja kilang warga Bangladesh menjadi individu pertama dijatuhi hukuman di bawah undang-undang baharu Malaysia bagi kesalahan membuang sampah merata-rata.
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Seorang wanita Indonesia dan seorang pekerja kilang warga Bangladesh menjadi individu pertama dijatuhi hukuman di bawah undang-undang baharu Malaysia bagi kesalahan membuang sampah merata-rata.
Anita Lukman, 49 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat (23 Jan) kerana membuang puntung rokok dan botol plastik di permukaan jalan di Stulang Laut.
Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Ibrahim Sultan pada pukul 12.41 pagi, pada 1 Januari, lapor akhbar New Straits Times.
Anita didenda RM500 (S$160.82) dan diperintahkan untuk menjalani enam jam Perintah Khidmat Masyarakat, yang mesti dilaksanakan dalam sesi dua jam sehari dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Mahkamah turut mengarahkan Anita dipenjara selama 15 hari jika gagal membayar denda tersebut. Selain itu, dia boleh dikenakan denda tambahan antara RM2,000 (S$643.29) hingga RM10,000 (S$3,216.43) jika gagal menyelesaikan Perintah Khidmat Masyarakat itu.
Hukuman khidmat masyarakat mandatori itu merupakan sebahagian daripada langkah hukuman lebih tegas yang berkuat kuasa pada tahun ini di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia.
Selain denda sehingga RM2,000 (S$643.29), pesalah kini boleh dijatuhi hukuman khidmat masyarakat sehingga enam bulan, dengan maksimum 12 jam kerja, di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Anita, yang tidak diwakili peguam, memohon keringanan dengan menyatakan bahawa dia merupakan seorang ibu tunggal yang menyara dua orang anak berusia lapan dan 15 tahun.
Akhbar The Star melaporkan, Anita berkata dia hanya membantu rakannya melakukan kerja sambilan, dan anak-anaknya berdepan risiko terpaksa berhenti sekolah jika dia tidak menghantar wang pulang dengan secukupnya.
“Saya mengaku bersalah dan tidak akan mengulanginya. Saya akan menjalani khidmat masyarakat, tetapi memohon denda paling ringan kerana tidak mampu. Saya hanya berada di sini untuk membantu seorang rakan,” katanya seperti yang dipetik New Straits Times.
Pegawai pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Siti Adora Rahtimin, memohon hukuman yang berfungsi sebagai pencegah kepada orang ramai dan sebagai sejenis pemulihan terhadap pesalah.
Dalam prosiding berasingan, seorang pekerja kilang berusia 28 tahun, Md Sultan, turut didakwa atas kesalahan serupa. Lelaki warga Bangladesh itu didakwa membuang puntung rokok di lokasi yang sama pada pukul 1.27 pagi pada hari yang sama.
Namun, dia memohon kehadiran penterjemah bahasa Bangladesh kerana tidak memahami pertuduhan dengan sepenuhnya. Kesnya ditangguhkan ke 28 Januari dengan ikat jamin sebanyak RM1,000 (S$321.64).
Pengarah SWCorp Johor, Zainal Fitri Ahmad, sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa agensi itu sudah menahan 55 individu kerana membuang sampah merata-rata sejak awal tahun ini. Lebih separuh daripada bilangan tersebut, iaitu 28 orang, merupakan warga asing, termasuk lima pelawat warga Singapura.
Warga asing yang ditangkap kerana membuang sampah akan diberikan notis kesalahan. Mereka akan dimaklumkan kemudian hari berhubung tarikh mahkamah dan boleh dijatuhi hukuman pada ketika itu.
SWCorp Johor sebelum ini turut memberitahu Mediacorp bahawa warga asing yang ditangkap tidak dihalang daripada keluar dari atau masuk ke Malaysia pada peringkat awal, dan akan didakwa di mahkamah kemudian hari, mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.