2 Korea lancar secara rasmi rangkaian pengangkutan bersama
Satu upacara pecah tanah diadakan pada Rabu (26 Dis) bagi menandakan pelancaran sebuah projek untuk menghubungkan semula rangkaian jalan raya dan kereta api antara Korea Utara dan Korea Selatan.
SEOUL: Satu upacara pecah tanah diadakan pada Rabu (26 Dis) bagi menandakan pelancaran sebuah projek untuk menghubungkan semula rangkaian jalan raya dan kereta api antara Korea Utara dan Korea Selatan.
Upacara berlangsung di Stesen Panmun di Kaesong berhampiran sempadan kedua-dua Korea.
Walaupun acara ini dianggap simbolik, ramai rakyat Korea Selatan rasa optimis tentang penyatuan semula Semenanjung Korea pada masa depan.
Para pemimpin kedua-dua negara bersetuju pada April lalu untuk menghubungkan semula rangkaian jalan raya dan kereta api bagi merancakkan pembangunan dan kesejahteraan bersama Semenanjung Korea.
Upacara hari ini juga menandakan satu lagi detik bersejarah dalam usaha mengendurkan ketegangan antara kedua-dua negara Korea. Meskipun demikian, usaha kedua-dua negara terhambat akibat sekatan ke atas Korea Utara.
"Banyak yang perlu dilakukan sebelum kita boleh mulakan proses pembinaan," kata Menteri Pengangkutan Korea Selatan Kim Hyun-mee sebelum upacara tersebut.
Barang-barang serta pelaburan yang diperlukan untuk memulakan binaan diharamkan di bawah sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat ke atas Korea Utara berhubung program nuklear Pyongyang.
Washington bertegas sekatan perlu dikekalkan sehingga Korea Utara melucutkan senjata nuklearnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.