2 kenderaan rempuh orang ramai di luar kelab malam KL; 2 cedera
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Hazel Wan)
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia melancarkan siasatan selepas dua kenderaan merempuh orang ramai di luar sebuah kelab malam di Kuala Lumpur pada Rabu (29 Jan), mencederakan sekurang-kurangnya dua orang.
Menurut Malaymail, kejadian itu berlaku berhampiran Top Plus Club di Jalan Klang Lama.
Dalam video yang tular, Toyota Hilux dan Toyota Vios dilihat memecut keluar dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum memandu ke arah sekumpulan orang di luar bangunan kelab malam itu.
Kedua-dua kenderaan itu kemudian dilihat memandu melawan arus lalu lintas sebelum cuba merempuh kumpulan yang sama.
Kedua-dua kenderaan kemudian membuat satu lagi percubaan untuk merempuh kumpulan tersebut.
Penolong Pesuruhjaya Polis Jabatan Polis Brickfields Mashariman Mahmood mengesahkan bahawa satu laporan telah dibuat, lapor Malaymail.
“Kenderaan-kenderaan itu melanggar sekumpulan lelaki, mengakibatkan kira-kira dua orang cedera, dengan seorang mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Encik Mashariman, kejadian itu sedang disiasat sebagai percubaan membunuh dan menambah bahawa tiada seorang pun daripada mangsa yang membuat laporan polis, menurut New Straits Times.
Beliau juga menggesa para saksi untuk tampil memberi keterangan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.