2 keluarga mangsa serangan Christchurch meninggal dunia
Seorang ibu yang datang ke New Zealand untuk melihat jenazah anak lelakinya yang terkorban dalam pembunuhan beramai-ramai di dua buah masjid Christchurch, Jumaat 13 Mac, meninggal dunia semalam, kata para pegawai hari ini (23 Mac).
(Gambar: AFP)
CHRISTCHURCH: Seorang ibu yang datang ke New Zealand untuk melihat jenazah anak lelakinya yang terkorban dalam pembunuhan beramai-ramai di dua buah masjid Christchurch, Jumaat 13 Mac, meninggal dunia semalam, kata para pegawai hari ini (23 Mac).
Wanita yang tidak diketahui namanya itu, adalah antara dua ahli keluarga mangsa tembakan yang meninggal dunia dalam minggu ini ketika masyarakat Islam di negara itu berusaha memulihkan diri selepas 50 orang dibunuh pengganas kulit putih, rakyat Australia minggu lalu.
Imam di masjid bandar Auckland, Hafiz Junaid berkata, ibu kepada mangsa serangan itu datang dari Jordan menyusuli tragedi itu.
Menurut Encik Junaidi, wanita itu amat bersedih dengan kematian anak lelakinya.
“Beliau masuk tidur seperti biasa semalam dan tidak bangun lagi. Beliau meninggal dunia,” kata Encik Junaid.
Jurucakap polis mengesahkan kepada AFP anggota keluarga seorang mangsa meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dan seorang lagi meninggal dunia tetapi tidak memberikan butiran lanjut bagi kedua-dua kes.
Puluhan lagi cedera dalam serangan pengganas itu, dengan beberapa daripadanya dalam keadaan tenat.
Bagaimanapun, jurucakap polis mengesahkan angka korban serangan itu kekal 50 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.