2 kapal asing berlanggar di Filipina, 1 maut, 3 hilang
MANILA: Dua buah kapal asing berlanggar di Pulau Corregidor di Filipina, menyebabkan seorang anak kapal maut manakala tiga lagi hilang, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Sabtu (29 Apr).
Kejadian pada Jumaat itu melibatkan kapal korek MV Hong Hai 189 dari Sierra Leone dan kapal MT Petite Soeur dari Kepulauan Marshall yang membawa bahan kimia dan produk minyak.
Menurut PCG, kapal MV Hong Hai 189 membawa 20 anak kapal, seramai 16 daripadanya diselamatkan manakala mayat seorang anak kapal ditemukan pada Sabtu.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk mengesan anak kapal yang hilang, lapor Xinhua.
Sementara itu, kesemua 21 anak kapal MT Petite Soeur dilaporkan selamat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.