Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 kanak-kanak maut dalam serangan pisau 'ganas', kata polis Britain

Anggaran Waktu Membaca:
2 kanak-kanak maut dalam serangan pisau 'ganas', kata polis Britain

Gambar: James Speakman/PA menerusi AP

LONDON: Dua kanak-kanak ditikam sehingga mati di acara bertemakan Taylor Swift di barat laut England, dengan seorang suspek lelaki berusia 17 tahun ditangkap, dedah polis pada Isnin (29 Julai).

Dia ditahan kerana disyaki membunuh dan percubaan membunuh. Sembilan kanak-kanak lain cedera, enam daripadanya dalam keadaan tenat, dan dua orang dewasa dalam keadaan kritikal.

"Kami percaya bahawa orang dewasa yang cedera dengan berani cuba melindungi kanak-kanak itu," kata Ketua Konstabel Serena Kennedy dari Polis Merseyside.

Menurut Cik Kennedy, para pegawai perkhidmatan kecemasan yang tiba di tempat kejadian mendapati "beberapa orang, kebanyakannya kanak-kanak, telah mengalami serangan ganas dan mengalami kecederaan serius".

Iklan yang dimuat nbaik online menggambarkan acara itu sebagai bengkel yoga dan tarian untuk kanak-kanak berumur antara enam dan 11 tahun.

Polis Merseyside berkata motif serangan masih belum jelas tetapi ia tidak dipercayai berkaitan dengan pengganasan dan pihak berkuasa tidak mencari orang lain yang terkait dengan tikaman itu.

Polis berkata para pegawai bersenjata telah menahan suspek dan merampas sebilah pisau selepas menerima panggilan meminta bantuan kira-kira pukul 11.50 pagi ke sebuah alamat di Southport, utara Liverpool.

Perdana Menteri Keir Starmer dan Raja Charles kedua-duanya melahirkan rasa terkejut atas serangan itu dan menyampaikan takziah yang mendalam kepada mereka yang terjejas.

"Peristiwa hari ini benar-benar mengerikan, dan saya tahu seluruh negara sangat terkejut dengan apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar," kata PM Starmer.

Raja Charles berkata bahawa ia adalah "serangan yang benar-benar mengerikan".

"Saya dan isteri saya sangat terkejut mendengar insiden yang sangat mengerikan di Southport hari ini," kata Raja Charles dalam satu kenyataan.

"Kami menyampaikan takziah yang mendalam, dengan iringan doa dan simpati kepada keluarga dan orang tersayang mereka yang kehilangan nyawa secara tragis."
Sumber : Reuters/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan