Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu

Anggaran Waktu Membaca:
2 kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu

(Gambar: JBPM Sabah)

Diterbitkan : 28 Jul 2022 08:48AM Dikemas Kini : 28 Jul 2022 08:48AM

KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut, manakala dua dewasa cedera dalam kejadian tanah runtuh menghempap sebuah rumah didiami satu keluarga di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di Kota Kinabalu pada Rabu malam (27 Jul). 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata kanak-kanak perempuan Norain Jaziz, 11 tahun, dan kanak-kanak lelaki Isa Sabri, dua tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas tertimbus dalam kejadian itu.

Beliau berkata mangsa dewasa yang tertimbus ialah Siti Nur, 28 tahun, mengalami kecederaan patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28 tahun, cedera ringan di kaki, kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 8.26 malam tadi dan setibanya di tempat kejadian mendapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga di kawasan kejadian. Lima ahli keluarga selamat.

“Mangsa berusia dua tahun (Isa) telah dihantar untuk mendapatkan rawatan ke hospital (HQE) sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, dua lagi yang tertimbus berjaya dikeluarkan bomba dan orang awam,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis (28 Jul). 

Encik Misran berkata mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan dikejarkan ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS serta ambulans.

Beliau berkata seramai 10 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama tiga jentera dan 12 anggota dari BBP Lintas bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat, operasi ditamatkan pada 10.00 malam,” katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa