2 kali pesawat udara tentera Rusia ceroboh ruang udara Korea Selatan
Pesawat udara tentera Rusia menceroboh ruang udara Korea Selatan sebanyak dua kali pada Selasa, menyebabkan pesawat Tentera Udara melepaskan tembakan amaran, lapor agensi berita Yonhap memetik pegawai tentera.
KOREA SELATAN: Pesawat udara tentera Rusia menceroboh ruang udara Korea Selatan sebanyak dua kali pada Selasa, menyebabkan pesawat Tentera Udara melepaskan tembakan amaran, lapor agensi berita Yonhap memetik pegawai tentera.
Tindakan menceroboh ruang udara di Laut Timur berhampiran kawasan timur Pulau Dokdo Korea Selatan adalah melanggar perjanjian antarabangsa, menurut pegawai dari Ketua Turus Bersama (JCS).
Kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Bagaimanapun, pesawat tentera Rusia pernah menceroboh zon identifikasi pertahanan udara Korea (KADIZ).
Insiden terbaru itu berlaku pada 20 Jun lalu apabila dua pesawat tentera Rusia menceroboh KADIZ dan berada di zon itu selama kira-kira setengah jam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.