Skip to main content

Dunia

2 juta rakyat India khuatir hilang kerakyatan

Hampir dua juta rakyat di timur laut India dikhuatiri akan kehilangan kerakyatan mereka hari ini (31 Ogos) selepas negeri Assam mengeluarkan senarai kerakyatan yang menyasar untuk mengusir anasir asing.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Aug 2019 05:57PM Dikemas Kini : 31 Aug 2019 10:52PM

GUWAHATI, India: Hampir dua juta rakyat di timur laut India dikhuatiri akan kehilangan kerakyatan mereka hari ini (31 Ogos) selepas negeri Assam mengeluarkan senarai kerakyatan yang menyasar untuk mengusir anasir asing.

Sebanyak 31.1 juta penduduk dimasukkan dalam senarai Pendaftar Kewarganegaraan Kebangsaan (NRC), namun 1.9 juta dianggap tidak layak, menurut satu kenyataan dari pemerintah Assam.

Kebanyakan mereka yang dikecualikan adalah Muslim.

Assam, negara terpencil dan terasing dengan 33 juta penduduk sekian lama menyaksikan kemasukan warga asing sejak di bawah pemerintahan Britain dan sekitar perang kemerdekaan Bangladesh pada 1971 ketika berjuta-juta penduduk melarikan diri ke India.

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, Assam menjadi medan pertelingkahan antara agama dan ketegangan etnik.

Antara tragedi paling buruk adalah pembunuhan beramai-ramai pada 1983 yang mengorbankan kira-kira 2,000 orang.

Hanya mereka yang mampu membuktikan bahawa mereka atau keturunan nenek moyang mereka sudah berada di India sejak sebelum 1971 lagi, akan dimasukkan ke dalam senarai berkenaan.

Bagaimanapun, ia dianggap satu cabaran kepada penduduk di wilayah itu yang sebahagian besarnya buta huruf dan mungkin berdepan masalah memperoleh dokumentasi yang diperlukan.

Golongan sedemikian diberi masa 120 hari untuk membuat rayuan di tribunal khas.

Individu yang rayuannya ditolak akan diisytiharkan sebagai warga asing dan bakal dilucutkan kerakyatan serta hak sebagai rakyat India.

Mereka kemudian dihantar ke enam pusat tahanan sementara, dengan kemungkinan diusir.

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita