2 juta jemaah sudah tiba di Arafah untuk kemuncak ibadah haji hari ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/FADEL SENNA)
MINA: Lebih daripada 2 juta jemaah tiba di pada Arafah sejak semalam (14 Jun) untuk kemuncak ibadah haji tahun ini.
Mereka bersedia untuk melaksanakan wukuf di Arafah mulai tengah hari ini (15 Jun) waktu Arab Saudi.
Perancangan trafik dan keselamatan yang cekap oleh pihak berkuasa Saudi membolehkan para jemaah bergerak dengan lancar, lapor Saudi Press Agency.
Para jemaah akan berada di Arafah sehingga malam ini sebelum singgah di Muzadalifah dan kemudian ke Mina.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengerahkan lebih daripada 34,000 pakar perubatan, jururawat, kakitangan farmasi dan pentadbiran untuk memastikan kesejahteraan para jemaah haji kali ini.
730 ambulans dan tujuh ambulans udara juga disediakan untuk memberi bantuan perubatan dan mengangkut para jemaah ke salah satu daripada 189 hospital, pusat perubatan dan klinik bergerak di Saudi.
Kementerian tersebut menyatakan sejak 7 Jun, pusat perubatannya sudah menjalankan 180 pembedahan jantung dan lebih daripada 470 jemaah menjalani dialisis.
Setakat Selasa (11 Jun), lebih daripada 70,000 jemaah meraih manfaat daripada khidmat perubatan ditawarkan Kementerian Kesihatan Saudi.
Dengan suhu mencecah 43 hingga 48 darjah Celsius di beberapa kawasan, kementerian itu menggesa para jemaah supaya menggunakan payung untuk melindungi diri mereka daripada haba dan meminum air dengan banyak.
Awal dari itu, Menteri Haji dan Umrah Saudi, Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan Kad Nusuk, yang membantu untuk mengenal pasti jemaah sah, dengan menyediakan butiran dan maklumat peribadi serta tempat penginapan mereka di tanah suci.
Semua jemaah harus membawa kad tersebut ke mana-mana sepanjang tempoh menunaikan haji.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.