2 juta jemaah haji termasuk dari SG wukuf di Arafah
MINA: Sekitar dua juta jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk sekitar 900 dari Singapura berhimpun di Padang Arafah pada Selasa (27 Jun) bagi kemuncak dalam ibadah haji iaitu wukuf di Arafah, lapor Saudi Gazette sambil menambah ibadah berlangsung dalam suasana cukup harmoni dan syahdu.
Arab Saudi telah memansuhkan semua sekatan COVID-19 bagi ibadah haji tahun ini, yang pertama sejak pandemik itu mula melanda dalam tahun 2019.
Musim haji tahun ini berlangsung dalam keadaan cuaca lebih panas.
Pusat kaji cuaca Saudi mengatakan purata suhu maksimum 43.6 darjah Celsius dicatatkan di tempat-tempat ibadah haji yang lain dalam bulan Zulhijah sekarang.
Malahan suhunya semalam di paras 46 darjah Celsius.
Sungguhpun begitu, hujan juga diramalkan berlaku semasa berlangsung ibadah haji.
Pihak berkuasa Saudi telah membuat segala persiapan yang diperlukan bagi memastikan para jemaah dapat menunaikan ibadah haji dengan lancar dan sempurna.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.