Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 jemaah Oman maut, 18 cedera dalam kemalangan bas dekat Taif

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Dua jemaah Oman meninggal dunia dan lagi 18 cedera dalam satu kemalangan bas dekat Taif semasa mereka dalam perjalanan ke Makkah pada Rabu petang (25 Ogos). 

Bas yang membawa jemaah itu bertembung dengan sebuah trak di Lebuh Raya Riyadh-Taif. 

Penguasa Bulan Sabit Merah Saudi di kawasan Makkah menyatakan ia dimaklumkan mengenai kemalangan di lebuh raya Riyadh-Taif selepas Jambatan Nasayef menghala ke Taif. 

11 pasukan kecemasan dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa, lapor Saudi Gazette. 

Dua jemaah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lagi 18 jemaah yang mengalami kecederaan sederhana hingga serius, dibawa ke hospital. 

Dalam pada itu, kedutaan Diraja Oman di Riyadh pihaknya sedang berusaha untuk menghnatr pulang jenazah jemaah berkenaan ke Oman, serta memastikan rawatan dan jagaan perubatan yang terbaik bagi jemaah yang cedera. 

Dalam satu kenyataan, kedutaan berkenaan mengucapkan takziah kepada keluarga jemaah yang meninggal dunia, dan berharap jemaah yang cedera segera pulih.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan