Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 'ibu ayam' disebat hampir 100 kali di Aceh

Dua wanita warga Indonesia disebat hampir 100 kali setiap seorang di depan khalayak ramai kerana mengiklankan khidmat seks secara online, menurut seorang pegawai Aceh pada Selasa (28 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
2 'ibu ayam' disebat hampir 100 kali di Aceh

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Jul 2020 01:44PM Dikemas Kini : 29 Jul 2020 01:49PM

BANDA ACEH: Dua wanita warga Indonesia disebat hampir 100 kali setiap seorang di depan khalayak ramai kerana mengiklankan khidmat seks secara online, menurut seorang pegawai Aceh pada Selasa (28 Jul).

Aceh, yang terletak di hujung Sumatera, adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan hukum syariah yang membolehkan hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan termasuk pelacuran, berjudi, hubungan sulit, meminum arak dan seks sesama jenis.

Hukuman itu dikenakan pada Isnin di bandar Langsa, disaksikan oleh berpuluh-puluh orang awam meskipun orang ramai diharamkan berkumpul di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Kedua-dua wanita terbabit tidak memakai pelitup semasa menjalani hukuman, tidak seperti beberapa kes serupa sebelum ini.

Kedua-duanya ditangkap pada Mac bersama lima pekerja seks, yang juga boleh dikenakan hukuman sebat jika didapati bersalah, kata Encik Aji Asmanuddin, ketua agensi hukum syariah di Langsa.

Beliau menambah bahawa para pegawai menghadapi cabaran mengambil tindakan ke atas aktiviti seks online di wilayah itu.

"Ini adalah kes pertama (ibu ayam) di Langsa namun kami yakin masih banyak lagi di luar sana," kata Encik Aji.

"Kami tidak mempunyai peralatan sewajarnya untuk memantau mereka secara online."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan