2 hospital terbesar Gaza henti terima pesakit, kehabisan bahan api & perubatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Khader Al Zanoun)
CARIKAN GAZA: Dua hospital terbesar di Gaza terpaksa berhenti menerima pesakit baharu selepas ia kehabisan bahan api dan bekalan perubatan.
Hospital Al-Shifa dan Al-Quds itu terletak di utara Gaza, yang sedang menyaksikan pertempuran paling sengit.
Kumpulan Hamas dilaporkan sudah menggantung rundingan-rundingan berhubung tahanan disebabkan cara Israel menangani keadaan di hospital Al-Shifa.
Bayi-bayi yang dirawat di sana kini dalam keadaan tenat.
Dalam pada itu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO meluahkan rasa kesal terhadap situasi hospital Al-Shifa yang tidak mampu lagi berfungsi sebagai pusat perubatan.
Dr Tedros Ghebreyesus berkata keadaan amat perit dan membimbangkan, sambil menambah bahawa pihaknya juga ada seketika kehilangan perhubungan dengan hospital tersebut.

Sumber : Agensi berita/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.