Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 hospital di Xi'an, China ditutup untuk 'perbetul' kesilapan

Anggaran Waktu Membaca:
2 hospital di Xi'an, China ditutup untuk 'perbetul' kesilapan

Keadaan di Xi'an, China pada 25 Dis 2021 di tengah-tengah penularan baru COVID-19 (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2022 08:04PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 08:04PM

BEIJING: Dua hospital di bandar Xi'an, China yang di bawah perintah berkurung, termasuk satu yang enggan merawat seorang wanita sarat mengandung lapan bulan dan kemudian mengalami keguguran, ditutup sementara mereka "membetulkan" kesilapan. 

Demikian menurut pihak berkuasa hari ini (13 Jan). 

Bandar bersejarah itu, yang merupakan salah satu daripada beberapa bandar China yang mengalami penularan koronavirus, berada di bawah perintah berkurung yang ketat selama tiga minggu sejajar dengan strategi "sifar-Covid" Beijing. 

Para pegawai atasan kesihatan terpaksa meminta maaf pada minggu lalu selepas satu catatan membimbangkan tersebar di media sosial - termasuk gambar-gambar dan rakaman video seorang wanita sedang duduk di kerusi plastik di luar Hospital Gaoxin berlumuran darah - mencetus kemarahan terhadap penguatkuasaan larangan yang terlalu keras di bandar tersebut. 

Wanita tersebut tidak diberikan rawatan disebabkan tempoh ujian negatif COVID-19 beliau terlebih sedikit daripada syarat 48 jam.

Dalam satu insiden berasingan di hospital kedua, seorang penduduk Xi'an mengatakan bapanya meninggal dunia minggu lalu selepas tidak dapat menerima rawatan perubatan bagi penyakit jantung akibat "peraturan berkaitan pandemik". 

Kedua-dua hospital tersebut sudah diberikan amaran dan harus "menggantung operasi selama tiga bulan untuk memperbetulkan kesilapan mereka" dan hanya akan dibenarkan buka semula selepas menerima kebenaran. 

Kedua-dua hospital itu "gagal melaksanakan tugas mereka menyelamatkan nyawa dan merawat yang cedara", menurut satu kenyataan daripada suruhanjaya kesihatan bandar tersebut hari ini. 

"Ini menyebabkan kelengahan dalam langkah menyelamat, memberi diagnosis dan rawatan bagi pesakit-pesakit tenat, sekali gus menarik perhatian masyarakat umum dan mempunyai kesan buruk sosial," tambah pihak berkuasa kesihatan tersebut. 

Hospital Gaoxin diberi arahan menggantung pengurusnya dan melepaskan beberapa kakitangan, manakala hospital kedua itu harus memecat pengerusi, menggantung timbalan ketua dan menukar ketua jururawat jabatan pesakit luar. 

Pemerintah tempatan berdepan kecaman meluas akibat pengurusan krisis COVID-19, dengan ramai penduduk mengadu tidak mempunyai akses kepada makanan dan keperluan harian selepas diberitahu tidak dibenarkan meninggalkan rumah mereka. 

Jumlah kes COVID-19 sudah mula merosot di Xi'an untuk beberapa hari kebelakangan ini, dengan hanya enam kes yang dilaporkan hari ini. 

Sejak 9 Disember, terdapat lebih 2,000 jangkitan tempatan dikesan di bandar tersebut.

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa