2 helikopter terhempas semasa operasi padam kebakaran hutan berhampiran Athens
Dua helikopter dilaporkan bertembung dan terhempas ketika menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di barat Athens, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik penyiar tempatan Greece, ERT pada Ahad (2 Ogos).
Sebuah helikopter pemadam kebakaran menggugurkan air untuk mengekang kebakaran hutan yang marak berhampiran Haidari di Athens, Greece. (Gambar: REUTERS)
- Dua helikopter bertembung dan terhempas ketika operasi memadam kebakaran hutan di barat Athens pada 2 Ogos.
- Juruterbang salah satu helikopter sempat berhubung dengan ibu pejabat bomba, namun nasib anak kapal helikopter kedua tidak diketahui.
- Pasukan bomba melancarkan operasi menyelamat besar-besaran berhampiran Psatha Village, manakala kebakaran terus merebak ke kawasan sekitar.
- Lebih 10,000 hektar hutan, rumah dan tanah pertanian musnah sejak Jumaat, memberi kesan kepada penduduk Bandar Megara dan kawasan sekitarnya.
Juruterbang daripada sebuah helikopter terbabit sempat membuat perhubungan radio dengan ibu pejabat jabatan bomba, bagaimanapun nasib anak kapal bagi helikopter kedua masih belum dapat dipastikan.
Pasukan bomba memaklumkan operasi menyelamat dan pencarian berskala besar sudah dilancarkan di kawasan berhampiran Psatha Village.
Sementara itu, api daripada kebakaran besar kira-kira 50 kilometer di barat Athens terus merebak. Api kini berada beberapa kilometer dari Bandar Megara, yang mempunyai populasi sekitar 36,000 penduduk.
Menurut anggaran awal, lebih 10,000 hektar kawasan hutan serta rumah, bangsal dan tanah pertanian musnah sejak Jumaat, lapor ERT.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.