2 gempa landa Iran
(Gambar: earthquake.usgs.gov)
KAHERAH: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan bahagian utara dan tengah Iran sekitar 12.30 tengah malam (2137 GMT) pada Sabtu, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km), pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.72 darjah utara dan longitud 55.10 darjah timur, berdasarkan pemantauan pusat berkenaan.
Satu lagi gempa bumi berukuran 5.4 magnitud kemudian menggegar kawasan 31km ke timur perkampungan Qarnabad di timur laut Iran kira-kira 12.30 tengah malam waktu tempatan.
Pusat gempa terletak pada kedalaman 10 km dan pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.84 darjah utara dan longitud 54.94 darjah timur.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.