Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 gempa bumi kuat landa kepulauan di Fiji

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi kuat berukuran 6.0 dan 7.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty pada pagi Sabtu (20 Mei).

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pertama berlaku pada 9.15 pagi itu berpusat di 913 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 58km.

“Gempa kedua pula berlaku pada 10.10 pagi pada jarak 894km barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 93km,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami.
Sumber : Bernama/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan