2 firma kerajaan Malaysia perlu jelaskan kerugian RM43.9 juta dalam pelaburan FashionValet
Anggaran Waktu Membaca:

Gambari fail: Fahmi Fadzil/Facebook
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) perlu memberikan penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta (S$13.3 juta) yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu dalam FashionValet.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata ramai dalam kalangan rakyat membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu sehingga pelbagai kandungan berkaitan dimuat naik ke media sosial.
"Sudah tentu ramai yang bertanya mengenainya kerana ia adalah dana awam. Bagaimanapun untuk berlaku adil kepada semua pihak, baik Khazanah atau FashionValet, kita perlu memberi sedikit masa kepada mereka untuk memberikan penjelasan.
"Saya percaya mereka akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat demi kepentingan awam," katanya, dipetik BH Online.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi, berkata demikian kepada para wartawan selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024, pada Khamis (31 Okt).
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan, memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta (S$936,200) hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023, lapor BH Online.
Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 juta (S$8 juta) dan RM20 juta (S$6 juta) untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.