Skip to main content

Dunia

2 eksekutif PetroSaudi dijatuhkan hukuman penjara sebab seleweng AS$1.8 bilion dana 1MDB

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua eksekutif PetroSaudi atas kesalahan menyeleweng AS$1.8 bilion (S$2.3 bilion) daripada dana kekayaan negara Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Ketua Eksekutif PetroSaudi Tarek Obaid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun manakala Patrick Mahony, seorang pengarah di syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak Arab Saudi itu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun, lapor media antarabangsa.

Kedua-dua tertuduh didakwa menyeleweng sekurang-kurangnya AS$1.8 bilion (S$2.3 bilion) untuk mengayakan diri mereka sendiri melalui dana 1MDB, yang dikatakan bagi tujuan membiayai usaha sama dengan PetroSaudi dari tahun 2009 hingga 2015.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita