2 ditikam di stesen kereta api Metro Washington

(Gambar: Agensi berita)
WASHINGTON: Dua individu dilaporkan ditikam dalam satu kejadian di stesen kereta api bawah tanah Metro Washington pada Selasa (23 Ogos), lapor agensi berita Sputnik.
Menurut Fox News, yang memetik Jabatan Polis Metropolitan (MPD), pegawai MPD tiba di tempat kejadian dan menjumpai dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita mengalami kecederaan.
Mangsa lelaki tidak sedarkan diri, manakala wanita itu cedera ringan.
Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Pihak berkuasa sedang menjejaki seorang suspek, lelaki berkulit gelap memakai baju lengan pendek biru tua, berseluar jeans biru dan membawa beg hijau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.