2 ditikam di kompleks hiburan di selatan Jepun; suspek 30 tahun diberkas
Pegawai polis kawal tempat insiden tikaman di sebuah kemudahan di Fukuoka, di bahagian barat Jepun pada 14 Dis 2025. (Gambar: AP/Kyodo News)
Polis Fukuoka menyatakan mereka memberkas seorang suspek berusia 30 tahun yang dipercayai menikam dada seorang lelaki berusia 44 tahun di kemudahan itu pada Ahad, menggunakan apa yang dilihat seperti sebilah pisau dapur.
Polis menyatakan pihaknya sedang menyiasat kes itu sebagai kemungkinan percubaan membunuh, tetapi enggan memberikan butiran lanjut, termasuk motif suspek dan mereka juga tidak memberi sebarang komen mengenai kes tikaman kedua.
Agensi Kyodo News dan media Jepun yang lain menyatakan lelaki yang cedera itu, yang bekerja bagi teater HKT48 dalam kompleks tersebut, ditikam apabila beliau melihat suspek berada dalam kawasan terlarang dan menyuruhnya meninggalkan tempat itu.
Suspek juga didakwa menikam bahagian belakang seorang wanita berusia 27 tahun dalam dewan lif di kemudahan itu sebelum dia melarikan diri daripada tempat kejadian, menurut laporan media.
HKT48 menyatakan acara perjumpaan peminat yang dijadual pada Ahad malam dibatalkan.
Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun, yang mempunyai undang-undang kawalan senjata yang ketat.
Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat sejumlah kes berprofil tinggi melibatkan serangan pisau dan bom buatan sendiri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.