Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 ditembak, 2 lagi cedera di pusat beli-belah kawasan San Francisco

Dua orang ditembak manakala dua lagi cedera pada Selasa (2 Jul) apabila sekurang-kurangnya seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di pinggir bandar San Francisco, San Bruno

Anggaran Waktu Membaca:
2 ditembak, 2 lagi cedera di pusat beli-belah kawasan San Francisco

Pegawai polis bersnejata mengawasi keadaan sekeliling berhampiran pusat beli-belah Tanforan Mall, San Francisco, pada 2 Jul 2019. (Gambar: Chris Webb/media sosial/Reuters)

Diterbitkan : 03 Jul 2019 12:17PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 12:19PM

SAN FRANCISCO: Dua orang ditembak manakala dua lagi cedera pada Selasa (2 Jul) apabila sekurang-kurangnya seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di pinggir bandar San Francisco, San Bruno, sebelum melarikan diri ke dengan menaiki sebuah kereta api berhampiran.

Bercakap di satu sidang media. Ketua Polis San Bruno Ed Barberini berkata dua mangsa dengan kecederaan tembakan di bahagian bawah tubuh mereka dikejarkan ke Hospital Besar San Francisco dalam keadaan stabil.

"Ia satu tindakan tidak masuk akal," kata Encik Barberini sambil menambah bahawa melepaskan tembakan di pusat beli-belah yang disesaki ramai orang berdekatan stesen kereta api atau BART menunjukkan perbuatan yang "benar-benar tidak menghiraukan langsung nyawa manusia".

Dua lagi mangsa dirawat di tempat kejadian bagi kecederaan ringan yang dialami ketika cuba melarikan diri daripada lelaki-lelaki bersenjata itu.

Encik Barberini menambah polis sedang mencari seorang atau mungkin dua lelaki bersenjata yang mungkin melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kereta api BART menghala ke Oakland.

Pusat beli-belah di San Bruno itu, yang terletak di selatan San Francisco ditutup berikutan serangan tembakan tersebut. 

Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan