2 daripada 3 beradik ditemui lemas
Mayat dua daripada tiga beradik perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sura Tengah di Terengganu semalam (30 Dis) ditemui pada pagi tadi (31 Dis).
Mayat dua daripada tiga beradik perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sura Tengah ditemui pada 31 Disember. (Gambar: Bernama)
DUNGUN: Mayat dua daripada tiga beradik perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sura Tengah di Terengganu semalam (30 Dis) ditemui pada pagi tadi (31 Dis).
Mangsa, Nurain Sufia Zawawi, 8 tahun, ditemui terapung-apung pada pukul 7.38 pagi tadi dalam lingkungan 5 kilometer dari lokasi kejadian. Adiknya, Nurain Sasabila, 6 tahun, pula dijumpai pada kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, iaitu sekitar satu kilometer dari tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Saifuddin Muhammad, berkata gerakan mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan di kawasan lingkungan 10 kilometer dari lokasi kejadian bagi mencari kakak mereka Nurain Fatma, 10 tahun.
"Operasi SAR di air pagi ini (31 Dis) bermula pada kira-kira pukul 7.00 pagi dan diperluaskan ke kawasan 10 kilometer melibatkan 12 anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” kata Encik Saifuddin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.40 petang semalam (30 Dis), tiga beradik yang berasal dari Kelantan itu datang bercuti bersama ibu saudara mereka ke Dungun manakala ibu bapa mereka berada di kampung (Kelantan).
Ketiga-tiga mereka ditarik oleh ombak besar ketika bermain di tepi pantai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.