2 cedera selepas pokok tumbang dekat Menara Petronas
Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya cedera selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang berhampiran Menara Berkembar Petronas, KLCC hari ini (5 Mac).
Kerja-kerja mengalihkan pokok yang tumbang di hadapan KLCC sedang giat dijalankan. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya cedera selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang berhampiran Menara Berkembar Petronas, KLCC hari ini (5 Mac).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 pagi. Polis dan bomba tiba di tempat kejadian sekitar 20 minit kemudian.
Encik Khiruddin berkata kedua-dua mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. Setakat ini masih tiada perkembangan terbaru mengenai keadaan mangsa yang dilaporkan cedera.
“Dalam kejadian itu, sebuah kereta turut dihempap tetapi pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ketika ini kerja-kerja pembersihan serpihan pokok tumbang di jalan itu sedang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” tambah Encik Khiruddin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.