Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 cedera parah susuli tembakan di luar kelab malam Melbourne

Dua orang sedang bertarung nyawa di hospital menyusuli insiden tembakan yang berlaku di luar sebuah kelab malam di Melbourne, menurut polis pada Ahad (14 Apr) di tengah-tengah insiden keganasan melibatkan penggunaan senjata api di bandar kedua terbesar di Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
2 cedera parah susuli tembakan di luar kelab malam Melbourne

(Gambar: Pat Mitchell/Twitter)

Diterbitkan : 14 Apr 2019 10:01AM Dikemas Kini : 14 Apr 2019 10:34AM

SYDNEY: Dua orang sedang bertarung nyawa di hospital menyusuli insiden tembakan yang berlaku di luar sebuah kelab malam di Melbourne, menurut polis pada Ahad (14 Apr) di tengah-tengah insiden keganasan melibatkan penggunaan senjata api di bandar kedua terbesar di Australia.

Menurut polis, empat lelaki dikejarkan ke hospital dengan dua daripada mereka dalam keadaan tenat.

Tiga daripada empat mangsa berusia antara 29 hingga 50 tahun, manakala usia mangsa keempat belum lagi dapat dipastikan.

Jurucakap polis memberitahu agensi berita AFP bahawa insiden tembakan itu dipercayai tiada kaitan dengan pengganasan.

Menurut laporan akhbar The Age, para penyiasat sedang menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan geng-geng motosikal.

Polis dijangka memberikan lebih banyak perincian mengenai insiden itu pada lewat hari ini (14 Apr).

Insiden terbaru itu berlaku menyusuli insiden-insiden tembakan di Melbourne pada Mac, di mana lima orang maut akibat empat insiden tembakan berasingan. Dua daripada insiden itu dipercayai ada kaitan dengan sindiket gelap.  

Sumber : AFP/Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan