2 cedera, jambatan projek pembinaan Pan Borneo di Miri runtuh
Sebuah jambatan Projek Pan Borneo Pakej Kerja 11 (WPC11) di Miri, sepanjang kira-kira 700 kilometer dari Kuching, yang sedang dalam pembinaan dilaporkan runtuh pada 2.40 petang Jumaat (13 Dis).
KUCHING: Sebuah jambatan Projek Pan Borneo Pakej Kerja 11 (WPC11) di Miri, sepanjang kira-kira 700 kilometer dari Kuching, yang sedang dalam pembinaan dilaporkan runtuh pada 2.40 petang Jumaat (13 Dis).
Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR) pada Sabtu, kejadian tersebut berlaku di kawasan seksyen Pujut.
“KKR juga menerima laporan bahawa dua orang pekerja mengalami kecederaan berikutan kemalangan tersebut dan kini telah dirawat.
“Kerja-kerja pembinaan di kawasan kemalangan dihentikan dengan serta-merta bagi memastikan keselamatan para pekerja dan orang ramai,” jelas kenyataan itu.
Difahamkan, insiden itu berpunca daripada struktur di bahagian rasuk jambatan berkenaan yang tiba-tiba runtuh.
KKR juga mengarahkan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan dan memastikan kejadian tersebut tidak berulang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.