2 bom dijumpai di sebuah sekolah di Hong Kong
Polis Hong Kong menyatakan, mereka berjaya mematikan dua bom buatan sendiri, yang dijumpai di sebuah sekolah. Pihaknya juga sedang menyiasat sama ada peranti itu mempunyai kaitan dengan konflik politik yang melanda bandar raya itu.
(Gambar: AFP)
HONG KONG: Polis Hong Kong menyatakan, mereka berjaya mematikan dua bom buatan sendiri, yang dijumpai di sebuah sekolah. Pihaknya juga sedang menyiasat sama ada peranti itu mempunyai kaitan dengan konflik politik yang melanda bandar raya itu.
Menurut polis, anggota unit pemusnah bom dikerah ke Kolej Wah Yan di daerah Wanchai, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan bom itu oleh kakitangan sekolah.
“Bom itu lengkap, mampu berfungsi sepenuhnya dan sedia digunakan,” kata pegawai kanan unit pemusnah bom, Alick McWhirter kepada wartawan.
Menurut Encik McWhirter, dua peranti itu mengandungi 10 kilogram bahan ledakan dan diletupkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit.
Paku juga dipasang pada bom itu, yang menggunakan bahan letupan amonia nitrat buatan sendiri untuk mengakibatkan kemusnahan yang lebih besar.
“Kedua-dua peranti itu hanya mempunyai satu fungsi, iaitu membunuh dan mencederakan orang ramai,” katanya.
Menurut polis, pihaknya percaya bahawa sekolah tersebut bukan sasaran pembuat bom itu dan peranti-peranti tersebut besar kemungkinan disembunyikan untuk diguna pada satu tempoh kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.