Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 beranak maut selepas terlanggar ayam hutan di Kota Tinggi

Anggaran Waktu Membaca:

KOTA TINGGI: Dua beranak maut apabila motosikal yang ditunggang mereka melanggar seekor ayam hutan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 39.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang pada Ahad malam (25 Sep).  

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang melibatkan motosikal jenis Yamaha MT-09 itu kira-kira pukul 8.00 malam. 

Beliau berkata penunggang motosikal lelaki berusia 40 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Penggeli Timur bersama anak lelakinya yang berumur sembilan tahun. 

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan akibat melanggar seekor ayam hutan yang secara tiba-tiba melintas jalan lalu terbabas ke kawasan rumput di bahu kiri jalan dan merempuh sebatang pokok. 

"Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Isnin (26 Sep). 

Beliau berkata siasatan diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan