2 beradik Rusia maut dalam nahas bot di Thailand
Sepasang adik-beradik warga Rusia, masing-masing berusia 12 tahun dan enam tahun, meninggal dunia pada Isnin (10 Feb) dalam kemalangan membabitkan bot laju di pulau peranginan Phuket. Ini menurut seorang pegawai yang berkata insiden berlaku ketika dua bot bertembung berhampiran kawasan jeti.
Pulau Phuket pada Okt 2019. (Gambar hiasan: Mladen ANTONOV / AFP)
BANGKOK: Sepasang adik-beradik warga Rusia, masing-masing berusia 12 tahun dan enam tahun, meninggal dunia pada Isnin (10 Feb) dalam kemalangan membabitkan bot laju di pulau peranginan Phuket. Ini menurut seorang pegawai yang berkata insiden berlaku ketika dua bot bertembung berhampiran kawasan jeti.
Kemalangan itu berlaku 100 meter dari sebuah jeti di Phuket selepas bot laju yang membawa pelancong Rusia ke sebuah pulau berdekatan melanggar sebuah kapal tangki.
"Punca kemalangan disebabkan kedua-dua pemandu memandu laju," kata seorang pegawai kerajaan Phuket, yang meminta namanya tidak didedahkan.
Beliau menambah kedua-dua kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian sementara "21 pelancong Rusia yang lain cedera, dua daripadanya kritikal".
Industri pelancongan Thailand mula terjejas sejak kemerosotan pada ketibaan pelancong China ke negara itu ekoran penularan wabak virus korona serta pengukuhan baht Thailand.
Kemalangan di pulau peranginan popular itu, terutama sekali yang membabitkan kereta, motosikal dan bot, dianggap perkara biasa disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar di sana.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.