Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 beradik maut, seorang lagi cedera parah dicampak bapa dari jejambat setinggi 20 meter

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Dua orang kanak-kanak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas mereka dicampak oleh seorang lelaki dipercayai bapa mereka dari jejambat setinggi 20 meter di Lebuh Raya Lingkaran Kedua (MRR2) di Kepong pada pagi Selasa (2 Ogos).

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 5.50 pagi oleh orang awam yang mengatakan seorang lelaki mencampakkan tiga orang kanak-kanak sebelum lelaki itu juga terjun dari jejambat berhampiran Desa Jaya.

“Kanak-kanak lelaki dan perempuan dianggarkan berusia enam dan tujuh tahun dan lelaki berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi kanak-kanak lelaki cedera parah dan dihantar ke Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semua yang meninggal dunia memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR).

Katanya menurut saksi kejadian, terdahulu lelaki itu dilihat berjalan di jejambat berkenaan dengan mengendong seorang kanak-kanak dan memimpin dua kanak-kanak yang lain dengan tangan kiri dan kanannya.

“Saksi kemudian cuba mendekati lelaki itu bagaimanapun dia secara tiba-tiba telah mencampak ketiga-tiga kanak-kanak itu dan terjun dari jejambat berkenaan,” katanya.

ACP Beh berkata semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Bernama/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan