Skip to main content

Dunia

2 bekas pegawai Tabung Haji Malaysia akan didakwa susuli laporan RCI

Anggaran Waktu Membaca:
2 bekas pegawai Tabung Haji Malaysia akan didakwa susuli laporan RCI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 14 Sep 2026 11:43PM Dikemas Kini : 15 Sep 2026 12:38AM
  • SPRM akan mendakwa bekas timbalan pengurus besar pembinaan dan bekas pengurus projek di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 15 September susulan penemuan laporan RCI Tabung Haji.
  • Beberapa individu lain, termasuk Jamil Khir Baharom, Abdul Azeez Abdul Rahim, Nasahruddin Ahmad dan Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, turut telah didakwa berkaitan kes ini.
  • Tuduhan melibatkan kerugian besar dana Tabung Haji kepada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek di Arab Saudi.
  • Kesemua tindakan ini diambil selepas siasatan RCI mendapati berlaku salah urus dan kerugian dana, dengan SPRM mendapat izin untuk mendakwa mereka di mahkamah.
Dijana oleh AI

KOTA BHARU: Seorang bekas timbalan pengurus besar pembinaan dan seorang bekas pengurus projek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa (15 Sep) menyusuli penemuan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan pada Isnin (14 Sep) memaklumkan pihaknya sudah mendapat izin untuk mendakwa dua individu itu.

Menyusuli penemuan RCI TH itu, beberapa individu sudah didakwa termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Jamil Khir Baharom atas tiga tuduhan menyebabkan TH melupuskan wang RM860,308,770.51 (S$268 juta) kepada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi.

Mereka yang turut didakwa ialah bekas Pengerusi TH Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd Nasahruddin Ahmad serta bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin yang juga mantan Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd.

Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Azmi Ahmad juga sudah dihadapkan ke mahkamah.

Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita