Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 angkasawan NASA pulang ke Bumi selepas 9 bulan terkandas di ISS

Anggaran Waktu Membaca:
2 angkasawan NASA pulang ke Bumi selepas 9 bulan terkandas di ISS

(Gambar: AFP/ GETTY IMAGES NORTH AMERICA)

Diterbitkan : 19 Mar 2025 09:20AM Dikemas Kini : 19 Mar 2025 09:23AM
WASHINGTON: Angkasawan NASA Butch Wilmore dan Suni Williams kembali ke Bumi dalam kapsul SpaceX pada Selasa (18 Mac), mendarat di perairan Florida, sembilan bulan selepas kapal angkasa Starliner keluaran Boeing mereka yang rosak mengubah apa yang sepatutnya bagi tempoh selama seminggu sahaja di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kepulangan mereka sekali gus menamatkan misi angkasa lepas berlarutan yang penuh dengan ketidakpastian dan masalah teknikal dan menjadikannya sebagai contoh perancangan luar jangka NASA - dan kegagalan terbaharu Starliner - menjadi tajuk utama global.

Wilmore dan Williams, dua angkasawan veteran NASA dan juruterbang ujian pesara Angkatan Tentera Laut Amerika, berlepas ke angkasa lepas sebagai kru pertama Starliner pada Jun untuk misi ujian selama lapan hari. Tetapi isu yang dialami sistem pendorongan Starliner menyebabkan kelengahan untuk pulang ke Bumi, yang memuncak dengan keputusan NASA untuk meminta mereka menaiki kapal angkasa SpaceX untuk pulang ke Bumi tahun ini sebagai sebahagian daripada jadual penggiliran kru agensi tersebut.

Pada pagi Selasa (18 Mac), Wilmore dan Williams bersama dua angkasawan lain yang menyelamatkan mereka berdua berlepas dari ISS pada pukul 1.05 pagi waktu tempatan untuk memulakan perjalanan selama 17 jam ke Bumi, mengucapkan selamat tinggal kepada tujuh angkasawan lain di stesen itu.

Kru empat orang itu, secara rasmi adalah sebahagian daripada misi angkasawan Crew-9 NASA, memasuki semula atmosfera Bumi pada pukul 5.45 petang waktu tempatan.

Menggunakan atmosfera Bumi dan dua set payung terjun, kapal angkasa itu memperlahankan kelajuan orbitnya kira-kira 17,000 batu sejam kepada 17 batu sejam semasa mendarat, yang berlaku kira-kira 50 batu dari Pantai Teluk Florida sepuluh minit kemudian.

"Perjalanan yang sungguh menarik," kata angkasawan NASA Nick Hague, komander misi Crew-9 di dalam kapsul Dragon, sambil memberitahu kawalan misi beberapa saat selepas mendarat. "Saya melihat kapsul penuh dengan senyuman."

Kedua-dua ngkasawan itu akan diterbangkan dengan pesawat NASA ke kuarters anak kapal mereka di Pusat Angkasa Johnson, agensi angkasa lepas di Houston, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selama beberapa hari, mengikut rutin bagi angkasawan yang pulang ke Bumi, sebelum pakar NASA membenarkan mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.

Misi itu telah menarik perhatian Presiden Donald Trump, yang apabila menyandang semula jawatan presiden pada Januari lalu, menggesa Wilmore dan Williams dibawa pulang secepat mungkin, sambil menuduh tanpa bukti bahawa mantan Presiden Joe Biden sengaja "membiarkan" mereka di ISS atas sebab politik.
 
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan