Skip to main content

Dunia

2 angkasawan China berjaya laksana kegiatan EVA di angkasa lepas

Dua angkasawan China, Nie Haisheng dan Liu Boming, selamat kembali ke modul teras stesen angkasa Tianhe pada 2.33 petang Jumaat (20 Ogos) selepas berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali kedua selama enam jam.

Anggaran Waktu Membaca:
2 angkasawan China berjaya laksana kegiatan EVA di angkasa lepas

Gambar dipetik dan dikeluarkan pada 20 Ogos 2021 boleh Pejabat Kejuruteraan Angka Lepas Bermanusia China melalui CNS menunjukkan angkasawan Nie Haisheng meninggalkan modul teras Tianhe. (Gambar: AFP melalui pelbagai sumber)

Diterbitkan : 21 Aug 2021 05:22PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 05:29PM

BEIJING: Dua angkasawan China, Nie Haisheng dan Liu Boming, selamat kembali ke modul teras stesen angkasa Tianhe pada 2.33 petang Jumaat (20 Ogos) selepas berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali kedua selama enam jam.

Menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), aktiviti di luar kabin tersebut adalah untuk menguji prestasi unit mobiliti luar kenderaan (EMU) generasi baru keluaran China dan memeriksa kemampuan anak kapal mengendalikan kerja yang dibantu dengan ‘lengan mekanik’ atau ‘mechanical arm’.

Selain itu, dua angkasawan tersebut juga meneliti kebolehpercayaan serta ciri-ciri keselamatan sesetengah kelengkapan yang menyokong EVA berkenaan.

Naib ketua pereka projek angkasa lepas bermanusia, Chen Shanguang, berkata anak kapal Shenzhou-12 akan meneruskan eksperimen sains dan ujian teknikal sebelum pulang ke bumi pada pertengahan September.

“Misi Shenzhou-12 merangkumi dua kali EVA. Kami akan terus menggerakkan program EVA untuk misi angkasa lepas Shenzhou-13.

“Kerja-kerja penentusahan teknologi EVA dijangka berakhir apabila misi Shenzhou-13 selesai dengan jayanya,” kata Encik Chen.

Menurut beliau, pihaknya akan menumpukan fokus kepada pemasangan stesen angkasa lepas serta teknologi mengendalikannya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita