Skip to main content

Dunia

2 anggota polis maut, 9 suspek diberkas di Turki

Anggaran Waktu Membaca:
2 anggota polis maut, 9 suspek diberkas di Turki
Gambar hiasan tangan penjenayah digari. (Gambar fail: Mediacorp)
Diterbitkan : 09 Sep 2025 05:29PM Dikemas Kini : 09 Sep 2025 05:33PM

ISTANBUL: Sembilan individu ditahan pada Isnin (8 Sep) berhubung serangan ke atas sebuah balai polis di bandar pelabuhan Izmir, di barat Turki, lapor media tempatan.

Suspek berusia 16 tahun, yang dikenali dengan nama bermula huruf E.B. berjaya diberkas selepas cedera dalam insiden itu.

Pihak berkuasa merampas telefon bimbit dan komputernya, manakala sebuah pasukan khas sedang meneliti kegiatan online serta rekod komunikasi GSM (Global System for Mobile Communications) miliknya.

Sebagai sebahagian daripada siasatannya, pihak polis turut memberkas dua suspek yang dikaitkan dengan serangan di Ankara - seorang di wilayah tenggara Sanliurfa dan seorang warga Iran di Istanbul.

Hasil penahanan itu, jumlah individu yang diberkas meningkat kepada sembilan orang, termasuk penyerang, ibu bapa serta dua rakannya, menurut stesen TV tempatan, NTV.

Suspek melepaskan tembakan menggunakan senapang patah di Balai Polis Salih Isgoren, daerah Balcova pada kira-kira pukul 8.50 pagi waktu tempatan, mengorbankan dua pegawai polis serta mencederakan dua yang lain dan seorang orang awam.

Seorang pegawai polis yang cedera dilaporkan masih dalam keadaan tenat.

Gabenor Izmir, Suleyman Elban berkata senjata yang digunakan dalam serangan itu adalah milik bapa suspek.

Remaja tersebut yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita