2 anggota polis cedera parah selepas tertimbus runtuhan tanah ketika musnahkan bom di Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AFP
KLUANG: Dua anggota polis cedera parah selepas tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, kira-kira 3.00 petang pada Selasa (27 Ogos).
Susulan kejadian itu, dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan kecemasan.
Dua anggota daripada Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, lapor agensi berita BH Online.
Kedua-dua mangsa dipercayai cedera parah pada beberapa anggota badan.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh terbabit tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Saya belum mempunyai butiran lanjut mengenai tahap kecederaan, tetapi saya boleh mengesahkan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital," katanya ketika dihubungi media, dipetik daripada BH Online.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehadiran ambulans ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.