2 anggota maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Sabah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail pistol. (Gambar: iStock/Savusia Konstantin)
KOTA KINABALU: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pada Ahad (7 Apr), pukul 8.30 pagi.
Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama (M) Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata ketika kejadian, anggota Maritim Malaysia melihat sebuah bot yang mencurigakan berada di perairan itu sebelum cuba menghampiri bot berkenaan.
“Bagaimanapun semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada dalam bot telah melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia sebelum memecut ke arah perairan negara,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Beliau berkata anggota yang cedera dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.
Che Engku Suhaimi berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.